jatuh love

pemilik blog:

blog bakal guru Bahasa Melayu a.k.a. Cikgu Che

sahabat alam maya

Friday, April 15, 2011

Interlok oleh Abdullah Hussain


Baru sahaja menamatkan pembacaan novel Interlok yang dijadikan novel komponen sastera dalam mata pelajaran bahasa Melayu atau KOMSAS. Novel ini menarik minat saya untuk menulis sedikit ulasan walaupun sebelum ini saya jarang memberikan pendapat mengenai novel yang saya baca. Melalui novel ini, pelbagai kisah dan ragam manusia dapat diketahui dan diterjemahkan oleh Sasterawan Negara kita dengan begitu jelas. Saya percaya, apabila kita membaca buku ini, kita akan dapat membayangkan bagaimana watak-watak seperti watak Seman, Cing Huat dan Maniam memperjuangkan nasib bangsa masing-masing dan akhirnya bersatu dalam sebuah negara yang aman iaitu Malaysia. Semangat nasionalisme, bersatu padu, pengetahuan mengenai bangsa dan negara lain dapat diperoleh melalui pembacaan novel ini. Tidak hairanlah jika buku ini turut diangkat menjadi karya agung dan dikaji oleh pelajar bahasa Melayu.


NOVEL INTERLOK KARYA ABDULLAH HUSSAIN
Satu Sensitiviti atau Perpaduan Kaum ?
1.
Biodata Pengarang
Sasterawan Negara (SN) Dato' Abdullah Bin Hussain dilahirkan pada 25 Mac 1920 diSungai Limau Dalam, Yan, Kedah Darul Aman. Pada tahun 1926, beliau mula belajar diSekolah Melayu Sungai Limau dan lulus darjah V pada tahun 1931. Beliau meneruskanpendidikannya di Sekolah St. Micheal, Alor Setar, Kedah Darul Aman dari tahun 1932hingga 1933. Pada tahun 1935, beliau telah meneruskan pengajian di Anglo ChineseSchool, Alor Setar, Kedah Darul Aman hingga lulus darjah VII.Semasa pendudukan Jepun pada tahun 1943, beliau dihantar ke Singapura untuk menjalani kursus pentadbiran di
Syonan Koa Kunrenzo
(Sekolah Latihan Pegawai-pegawaiTinggi) selama tiga bulan. Pada tahun 1939, beliau telah berkhidmat sebagai penolongpenjaga stor di perusahaan lombong bijih di Pahang dan pernah berkhidmat di bahagianpenerbitan, syarikat surat khabar Sahabat, di Pulau Pinang. Pada tahun 1940, beliauberkhidmat di Pulau Pinang sebagi pembantu pengarang surat khabar Saudara dan padatahun 1941 pula (sehingga kedatangan tentera Jepun), beliau berkhidmat di Sungai Petani,Kedah sebagai kerani dan tukang dobi di kem tentera Inggeris. Beliau juga pernah menjadiwartawan surat khabar Merdeka, Berita Indonesia dan majalah minggu Merdeka. Beliaujuga pernah bertugas sebagai pengarang majalah Bintang dan Filem. Beliau juga pernahmenjadi pengurus penerbitan di majalah Gelanggang Filem. Dalam filem Hang Tuah,beliau pernah bertugas sebagai penasihat teknik. Pada tahun 1961-1964, beliau telahberkhidmat sebagai pembantu pengarang kanan di Oxford University Press dan pernahberkhidmat di Franklin Books Programme dan memegang jawatan editor di majalahAngkatan Baru pada tahun 1965-1968.
2
Selama 10 tahun mulai tahun 1968, beliau telah berkhidmat di Dewan Bahasa danPustaka (DBP) sebagai pegawai penyelidik. Seterusnya, pada tahun 1978, beliau telahberkhidmat sebagai ketua unit bahasa dan sastera di DBP cawangan Sabah sehingga tahun1979. Sehingga tahun 1981, beliau berkhidmat sebagai ahli cipta di Universiti SainsMalaysia, Pulau Pinang. Pada tahun 1982 pula, beliau berkhidmat di DBP BrunieDarussalam sebagai ketua bahagian pembinaan dan pengembangan sastera. Pada tahun1993, beliau berkhidmat sebagai Karyawan Tamu DBP sehingga tahun 1996. AbdullahHussain dinobatkan sebagai SN yang kelapan pada tahun 1996. Selain penganugerahanSN, beliau telah dianugerahkan pingat Jasa Hukom Ngon Adat Lembaga Adat KebudayaanAceh (LAKA) pada tahun 1995 dan Darjah Kebesaran Dato¶ Setia Diraja Kedah (DSDK)yang membawa gelaran Dato¶. Pada tahun 1996, beliau dianugerahkan Darjah KebesaranPanglima Jasa Negara (PJN) yang juga membawa gelaran dato¶ oleh Yang di-PertuanAgong.Sepanjang penglibatan beliau dalam penulisan kreatif, terdapat pelbagai hasilpenulisan yang telah beliau lahirkan. Karya pertama beliau adalah sebuah karaya lucu yangdisiarkan dalam majalah Tanah Melayu pada tahun 1939. Beliau juga telah menghasilkan25 buah novel, tiga buah cerpen, Sembilan buah buku terjemahan sastera, sebuahautobigrafi dan enam buah biografi. Novel Imam telah diangkat sebagai pemenang HadiahSastera Malaysia 1994/95 dan tempat pertama dalam Hadiah Novel Nasional 1992/94.Kini, novel beliau yang telah menjadi kontroversi iaitu Interlok, yang diterbitkan oleh DBPpada tahun 1971.
3
Kontroversi ini dicetuskan apabila novel ini dijadikan teks pilihan KementerianPelajaran Malaysia untuk Komponen Sastera dalam mata pelajaran bahasa Melayu(KOMSAS) tingkatan lima di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, WilayahPersekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan mulai tahun 2011.Interlok menjadi kontroversi kerana ada beberapa perkataan di dua halaman yangdidakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan orang India dan agamaHindu pada halaman 211 dan 220.« satu perkara yang membuatkan mereka senang bergaulkerana mereka tergolong dalam satu kasta Paria«. ( Interlok Edisi Pelajar : hal. 211)Perenggan di halaman 220 yang mungkin menjadi pertikaian adalah seperti yang berikut :³Apatah pula lembu ialah binatang suci bagi orang Hindu;dan kalau binatang itu mati, seperti ibunya sendiri yangmati.´ ( Interlok Edisi Pelajar )