novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman, oleh Anwar Ridhwan |
jatuh love
pemilik blog:

sahabat alam maya
Monday, June 4, 2012
Wah, dah lama sangat tak tulis entri baru di blog Sutera ni. Esok kertas peperiksaan akhir yang pertama, semoga kami semua berjaya. Aamiin. Tapi, bukan tentang diri sendiri yang hendak dikongsikan, baru sahaja mendapat idea dari seorang rakan FB yang aktif berblog (orangnya glamor, jadi tak boleh sebut nama di sini, katanya takut timbul pelbagai spekulasi dan kontroversi! kontroversi la sangat!!..haha). Dia kata, kalau tak tahu nak tulis apa kat blog, kongsikan lah ilmu-ilmu yang belajar sepanjang di universiti. Betul juga kan? jadi hari ni, saya nak kongsi tugasan masa Sem 1 dulu, mana tahu kalau-kalau ada pelajar yang sedang mencari maklumat tentang tajuk tugasan saya ini, bolehlah dijadikan rujukan. Saya pun ambil dari pelbagai sumber juga, internet dan buku-buku. Baiklah, tugasan ini diberi semasa saya semester 1, di UPSI, oleh En. Ariff Mohamad dalam kursus Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu: Unsur-unsur Budaya
Melayu dalam Hari-hari Terakhir Seorang Seniman.
Budaya pertama ialah budaya
berpakaian. Dalam novel ini, dapat diperhatikan bahawa terdapat pemakaian
pakaian orang Melayu seperti baju Melayu dan kain sarung. Seperti yang telah
diketahui, pemakaian baju Melayu dan kain sarung ini telah lama menjadi budaya
orang Melayu. Contoh:
Rambut lelaki tua itu telah putih, panjang menutupi kedua belah
telinganya. Berbaju Melayu warna putih, berkain warna hitam – putih petak besar
– besar, lelaki tua itu berjalan bertongkat. m/s 1.
Baju Melayu lelaki itu yang berwarna putih bertukar menjadi warna
merah, basah. Lelaki itu menangis bersungguh-sungguh, kini dengan sedu sedan
yang tidak boleh ditahan-tahan lagi. m/s
9.
“ Pada fikiran Pak Hassan, betulkah Jepun hendak menyerang?” tanya seorang.
Soalan yang mendadak itu datangnya dari seorang pemuda yang bertubuh kurus
berbaju Melayu warna hitam. m/s 16.
Seterusnya ialah budaya beragama.
Dalam novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman ini juga, dapat
diperhatikan bahawa budaya beragama Islam begitu diterapkan bagi menggambarkan
budaya orang Melayu, antaranya solat dan mengaji Quran. Terdapat beberapa
contoh yang digarap oleh Anwar Ridwan dalam novel ini, antaranya:
Bulan Syawal baru memasuki minggu yang kedua. Seminggu yang lalu,
sebagaimana kelaziman penduduk desa itu tiap-tiap tahun, kubur-kubur
dibersihkan. m/s 2.
Lelaki tua itu membaca surah Al-Fatihah dengan perlahan sebelum
memanjatkan sepotong doa kepada Allah, memohon agar roh isterinya akan
ditempatkan Allah bersama roh hamba-hambaNya yang dikasihi. m/s 3.
Malam Syawal telah menyebabkan surau di utara desa itu menjadi sepi
sesudah waktu sembahyang Isya, sama seperti malam bulan-bulan yang lain kecuali
Ramadhan. Dan bukanlah menjadi kebiasaan pemuda-pemuda desa itu tidur di surau
pada waktu malam. m/s 11.
Ke arah selatan sedikit dari surau ini terdapat rumah Imam Mahali.
Rumah ini yang biasanya terang benderang kerana terdapat perawan-perawan
mengaji Quran atau kanak-kanak belajar membaca Muqaddam juga mulai sepi. Mereka
semua mulai pulang ke rumah masing-masing. m/s 12.
Tali kehidupan itu dipegang Allah dan Allah mengetahui segalanya. Allah
Maha Perancang. m/s 23.
Dari dalan bilik didengarnya Senah terjaga dari tidur sambil
mengucapkan “Allahu Akbar,” perlahan dan tenang. m/s 31.
Unsur budaya yang ketiga ialah budaya
bergotong-royong. Bergotong-royong merupakan aktiviti masyarakat Melayu
dalam melakukan sesuatu bersama-sama contohnya kenduri. Budaya ini juga dapat
diperhatikan dalam novel ini, apabila penduduk kampung selalu bergotong-royong
untuk membantu Pak Hassan ataupun dalam majlis tertentu. Antara contoh unsur
budaya bergotong-royong ialah:
Dalam masa yang sama, keramah-tamahan lelaki itu suami isteri segera
menambat hati penduduk desa. Dan apabila mereka tahu Imam Mahali telah
memberikan sebahagian dari tanahnya untuk lelaki itu, mereka turut ingin
menyumbangkan bakti dengan bergotong-royong membuatkan sepetak sawah untuk
lelaki tersebut sekeluarga. m/s 21.
Petak sawah untuk lelaki itu – yang dibuat secara gotong royong oleh
penduduk desa – belum cukup dalam sedangkan hujan Monsun Timur Laut mulai turun
dengan lebat, mengguyur dari langit. m/s 22.
Unsur budaya seterusnya yang terdapat dalam novel ini ialah menggunakan
perubatan tradisional seperti bomoh
dan bidan. Bomoh merupakan individu yang merawat penyakit seperti dirasuk,
demam panas dan sebagainya, manakala bidan pula ialah orang yang menguruskan
seorang perempuan yang bersalin. Antara contoh yang terdapat dalam novel ini
ialah:
Mujurlah bidan Mariam ada di rumah. Setelah bidan itu memohon kebenaran
dari suaminya, Haji Ashaari, yang pendiam itu, dia pun pergi ke rumah Selamah.
Suami Selamah menjinjing bakul bidan Mariam. m/s 5.
Suami Selamah sentiasa duduk di luar bilik. Bidan Mariam menunggu
Selamah di dalam bilik. Bila Selamah sudah berhenti mengerang tanda belum
masanya melahirkan anak, bidan Mariam keluar bilik, duduk atau baring tidak
jauh dari suami Selamah. m/s 6.
Pada suatu Subuh pertengahan November, sakit isterinya bertambah kuat.
Lelaki itu telah merawat isterinya dengan segala kebolehan yang ada pada
dirinya. Apabila usahanya tidak mendatangkan sebarang kesan, bomoh Mahmud telah
dipanggil. m/s 8.
Bomoh Mahmud terus membakar kemenyan. Bomoh Mahmud terus mengunyah
serta menyemburkan sirih. Bomoh Mahmud juga tidak putus-putus menjampi air yang
akan disudukan ke mulut Selamah. m/s 8.
Pak Hassan sudah mencurahkan segala kebolehannya untuk menyembuhkan Mat
Junuh, tetapi tidak berhasil. Akhirnya Bomoh Mahmud telah dipanggil dan bomoh
ini mengesahkan bahawa penunggu pokok kekabu itu telah marah kepada Mat Junuh
yang telah menghina serta mengotorkan istananya. m/s 51.
Dalam novel ini juga terdapat unsur
kepercayaan dan tradisi atau adat orang Melayu. Kepercayaan orang Melayu
terhadap alam ghaib seperti penunggu juga dipersembahkan dalam novel ini.
Selain itu, terdapat juga adat yang mungkin masih diamalkan hingga hari ini.
Contoh petikan:
Di desa ini ada adat bertamu dipanggil muyi iaitu berkunjung ke
rumah seseorang yang baru dikurniakan cahaya mata terutamanya dalam masa
seminggu sesudah sang bayi dilahirkan. m/s 7.
Pada suatu malam ketika Mat Junuh berumur lima tahun, tiba-tiba dia
jatuh sakit. Menurut kawan-kawannya, pada sorenya Mat Junuh telah kencing di
banir pokok kekabu itu. Menurut kepercayaan penduduk desa, pastilah Mat Junuh
telah kena ‘tegur’ oleh penunggu pokok tersebut. m/s 51.
Seterusnya ialah unsur seni
karya yang baik iaitu budaya bercerita. Seperti diketahui, watak utama
cerita ini iaitu Pak Hassan merupakan seorang penglipur lara yang tugasnya
bercerita dan menghiburkan masyarakat. Selain itu, unsur seni karya yang
merujuk kepada seni bina atau seni ukir yang dihasilkan oleh manusia juga
terdapat dalam novel ini. Sebagai contoh:
Malam itu, lelaki tua tersebut sedang duduk bersila menceritakan kisah
“Si Gembang” atau “Teluk Bidung Kota Lama”. m/s 12.
Lantai ruang itu dialas dengan beberapa helai tikar mengkuang yang
bercorak halus dan berwarna-warni hasil dari kerja tangan yang mahir. m/s 13.
Lelaki itu memohon kepada Imam Mahali untuk tumpang bermalam dan di
samping itu – jika penduduk desa sudi – dia akan meriwayatkan kisah “Raja Dera”
sebagai pengisi malam. m/s 20.
Berita kedatangan tukang cerita itu telah tersebar dengan cepat, dan
hasilnya pada malam itu surau penuh padat dengan penduduk desa, lelaki dan
perempuan. m/s 21.
Pada waktu malam pula lelaki itu duduk bercerita dari waktu sesudah
sembahyang Isya sampailah waktu dinihari. m/s 22.
Arwah ayah saya – oh moga-moga Allah menempatkan rohnya bersama-sama
roh hamba-hambaNya yang beriman – meninggalkan pusaka rebab bertali tiga dan
sekeping tanah sawah. m/s 23.
Saya telah memilih rebab bertali tiga. Saya memilih apa yang telah ayah
saya juga pilih di mana melaluinya dia memperoleh keseronokan, ketenangan dan
kepuasan. m/s 23.
Saya telah mengingat dan menghayati lebih sepuluh buah cerita dan
kebanyakannya turut menyentuh soal percintaan. m/s 25.
Selain itu, unsur teknologi
juga terdapat dalam novel ini. Unsur teknologi yang dimaksudkan ialah kehadiran
radio yang mengalihkan tumpuan penduduk kampung daripada cerita-cerita Pak Hassan
kepada radio yang lebih canggih pada masa itu. Contohnya:
“Ayah diam. Ayah gelisah. Senah fikir betullah Jepun hendak datang.
Tapi, menurut Salasiah, Paman Bahari hendak beli sebuah radio. Kalau sudah ada
radio di rumah Paman Bahari, bolehkah Senah pergi mendengarnya?” m/s 20.
“Senah selalu datang ke rumah Paman Bahari mendengar radio. Tidakkah
dia memberitahu Pak Hassan tentang berita itu?” m/s 39.
Sejak Paman Bahari membeli radio, rumahnya sering saja menjadi tumpuan,
khususnya kanak-kanak. Pagi-pagi lagi sudah ada empat atau lima kanak-kanak
datang untuk mendengar radio, dan hingga siaran akhir masih ada beberapa orang
duduk bersila mengelilingi radio itu. m/s 42.
“Aku suka mendengar radio dari mendengar cerita ayah Mat Junuh ini.”
Kata Salleh. “Engkau bagaimana Aziz?”
“Aku pun begitu. Menghadap lelaki tua itu lama-lama jemulah!” m/s 45.
“Aku tak suka Mat Junuh mendengar radio.” rungut lelaki tua itu di
dalam hati. “Senah tak mengapa kerana dia perempuan. Mat Junuh harus jadi macam
aku: Membentuk kehidupan manusia supaya menjadi lebih jernih. Bukan dihanyutkan
oleh alunan radio itu... Tapi. Tapi dia begitu!” m/s 48.
Unsur
kebiasaan seperti budaya makan
menggunakan tangan juga ditunjukkan dalam novel ini. Budaya ini telah lama
diamalkan oleh masyarakat Melayu dan menjadi warisan sehingga sekarang. Contoh
yang ditunjukkan ialah melalui watak utama, iaitu Pak Hassan:
Dia sudah hampir mencelupkan tapak tangan kanannya ke dalam mangkuk
pembasuh tangan sewaktu disedarinya ada seorang lelaki sedang berjalan melewati
rumahnya. Pada masa itu sebenarnya dia pun sedang memikirkan bagaimanakah dia
boleh kembali dalam masyarakat sesudah menyisihkan diri buat beberapa lama
sebaik-baik sahaja Selamah meninggalkannya. m/s 33.
Kesemua unsur budaya Melayu ini diterapkan oleh Anwar Ridhwan dalam novel
Hari-hari Terakhir Seorang Seniman, antara unsur budaya Melayu yang
diterapkan ialah budaya berpakaian, beragama, perubatan tradisional, makan,
kebiasaan, hasil karya yang baik, bergotong-royong dan juga teknologi.
moga bermanfaat.. assalamualaikum..=)
Friday, December 30, 2011
Warkah buat Adam

Wahai Adam,
Maafkan aku kerana melukaimu,
Niatku hanya satu, ku ingin mencari cinta hakiki,
Cinta yang ku dambakan, cinta Ilahi,
Bukan mainan perasaan anak muda yang hanya mahu memiliki,
Sekeping hati tanpa mahu melihat tujuan kita di sini.
Wahai Adam,
Ku ingin mencintai suamiku,
Ku ingin menjadi isteri persis isteri Nabi,
Walau ku yakin tidak akan mungkin ku mampu,
Aku akan memohon redha Ilahi,
Supaya suatu hari, ku menjadi isteri idaman suami,
Yang mampu membuatnya tersenyum,
Yang mampu membuatnya lega sepanjang zaman,
Saat di syurga, mendapat iri sang bidadari.
Wahai Adam,
Sekiranya saat ini kau dilukai,
Percayalah, di akhirat nanti lukanya tidak seperti kau impi,
Luka yang kau alami saat di duniawi, tidak sama seperti di sana nanti.
Undurlah diri selagi termampu,
Ku yakin saat kau bersedia,
Kau akan mampu membimbing isterimu,
Cintailah isterimu, saat itu kau akan tahu apa itu cinta yang sebenarnya,
Cinta yang bertemankan redha Ilahi.
Wahai Adam,
Usah kau khuatiri, usah kau ikutkan luka di hati,
Kerana janji Allah itu pasti,
Andai aku dicipta dari tulang rusukmu,
Aku pasti akan menjadi hak milikmu.
Jikalau bukan aku yang dicipta dari tulang rusukmu,
Pasrah dan redhalah,
Setiap yang berlaku adalah ketentuan Maha Pencipta.
Di saat kau mulai cintakan an-Nisa’, risiklah dia.
Walau saat itu cintamu hanya sekelumit,
Yakinlah, cintamu akan menjadi sedalam lautan,
Terutama saat kau menyedari isterimu itu seorang wanita solehah,
Yang akan mengaminkan Fatihahmu,
Yang akan sentiasa menjadi makmum mu,
Yang akan selalu mendoakan kesejahteraanmu,
Saat itu…
Bergembiralah kamu wahai Adam,
Kerana dia dicipta dari tulang rusukmu…
nukilan aishaisabella
upsi, tg.malim
2011
Saturday, December 24, 2011
baik, entri kali kedua dalam masa satu hari ni nak kongsi lagu yang Cikgu Che suka. Dengar ye!=)
ni lagu Sahabat Sejati, oleh UNIC. kat bawah ni liriknya,
ni lagu Sahabat Sejati, oleh UNIC. kat bawah ni liriknya,
Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi
Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini
Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku
C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya
Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi
seterusnya, lagu yang dah lama Cikgu Che suka. Hanya Tuhan yang tahu oleh UNIC juga.=) liriknya:
Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati
Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati
Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang
C/o:
Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku
Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih
Sunday, October 30, 2011
aisshhh.. i am fall in love with encik mimpi voice! hehe. and the song by pasha (penghujung cintaku) yang dinyanyikan balik oleh encik mimpi antara lagu kegemaran saya. cute voice, with sweet song! aww...=)
Lirik Lagu Pasha Penghujung – Cintaku (feat. Adelia)
berakhir sudah pencarian cintaku
jiwa ini tak lagi sepi, hati ini tlah ada yang miliki
tiba diriku di penghujung mencari cinta
diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri
aku akan menikahimu, aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
tiba diriku di penghujung mencari cinta
hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu (kepadamu)
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
wooo aku akan menikahimu, oh aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
nananana nananana nananana nananana
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
seumur hidupmu [4x]
Friday, April 15, 2011

Baru sahaja menamatkan pembacaan novel Interlok yang dijadikan novel komponen sastera dalam mata pelajaran bahasa Melayu atau KOMSAS. Novel ini menarik minat saya untuk menulis sedikit ulasan walaupun sebelum ini saya jarang memberikan pendapat mengenai novel yang saya baca. Melalui novel ini, pelbagai kisah dan ragam manusia dapat diketahui dan diterjemahkan oleh Sasterawan Negara kita dengan begitu jelas. Saya percaya, apabila kita membaca buku ini, kita akan dapat membayangkan bagaimana watak-watak seperti watak Seman, Cing Huat dan Maniam memperjuangkan nasib bangsa masing-masing dan akhirnya bersatu dalam sebuah negara yang aman iaitu Malaysia. Semangat nasionalisme, bersatu padu, pengetahuan mengenai bangsa dan negara lain dapat diperoleh melalui pembacaan novel ini. Tidak hairanlah jika buku ini turut diangkat menjadi karya agung dan dikaji oleh pelajar bahasa Melayu.
Sedikit mengenai Abdullah Hussain dan isu Interlok: (sumber : http://www.scribd.com/doc/47367886/Novel-Interlok-Karya-Abdullah-Hussain)
NOVEL INTERLOK KARYA ABDULLAH HUSSAIN
Satu Sensitiviti atau Perpaduan Kaum ?
1.
Biodata Pengarang
Sasterawan Negara (SN) Dato' Abdullah Bin Hussain dilahirkan pada 25 Mac 1920 diSungai Limau Dalam, Yan, Kedah Darul Aman. Pada tahun 1926, beliau mula belajar diSekolah Melayu Sungai Limau dan lulus darjah V pada tahun 1931. Beliau meneruskanpendidikannya di Sekolah St. Micheal, Alor Setar, Kedah Darul Aman dari tahun 1932hingga 1933. Pada tahun 1935, beliau telah meneruskan pengajian di Anglo ChineseSchool, Alor Setar, Kedah Darul Aman hingga lulus darjah VII.Semasa pendudukan Jepun pada tahun 1943, beliau dihantar ke Singapura untuk menjalani kursus pentadbiran di
Syonan Koa Kunrenzo
(Sekolah Latihan Pegawai-pegawaiTinggi) selama tiga bulan. Pada tahun 1939, beliau telah berkhidmat sebagai penolongpenjaga stor di perusahaan lombong bijih di Pahang dan pernah berkhidmat di bahagianpenerbitan, syarikat surat khabar Sahabat, di Pulau Pinang. Pada tahun 1940, beliauberkhidmat di Pulau Pinang sebagi pembantu pengarang surat khabar Saudara dan padatahun 1941 pula (sehingga kedatangan tentera Jepun), beliau berkhidmat di Sungai Petani,Kedah sebagai kerani dan tukang dobi di kem tentera Inggeris. Beliau juga pernah menjadiwartawan surat khabar Merdeka, Berita Indonesia dan majalah minggu Merdeka. Beliaujuga pernah bertugas sebagai pengarang majalah Bintang dan Filem. Beliau juga pernahmenjadi pengurus penerbitan di majalah Gelanggang Filem. Dalam filem Hang Tuah,beliau pernah bertugas sebagai penasihat teknik. Pada tahun 1961-1964, beliau telahberkhidmat sebagai pembantu pengarang kanan di Oxford University Press dan pernahberkhidmat di Franklin Books Programme dan memegang jawatan editor di majalahAngkatan Baru pada tahun 1965-1968.
2
Selama 10 tahun mulai tahun 1968, beliau telah berkhidmat di Dewan Bahasa danPustaka (DBP) sebagai pegawai penyelidik. Seterusnya, pada tahun 1978, beliau telahberkhidmat sebagai ketua unit bahasa dan sastera di DBP cawangan Sabah sehingga tahun1979. Sehingga tahun 1981, beliau berkhidmat sebagai ahli cipta di Universiti SainsMalaysia, Pulau Pinang. Pada tahun 1982 pula, beliau berkhidmat di DBP BrunieDarussalam sebagai ketua bahagian pembinaan dan pengembangan sastera. Pada tahun1993, beliau berkhidmat sebagai Karyawan Tamu DBP sehingga tahun 1996. AbdullahHussain dinobatkan sebagai SN yang kelapan pada tahun 1996. Selain penganugerahanSN, beliau telah dianugerahkan pingat Jasa Hukom Ngon Adat Lembaga Adat KebudayaanAceh (LAKA) pada tahun 1995 dan Darjah Kebesaran Dato¶ Setia Diraja Kedah (DSDK)yang membawa gelaran Dato¶. Pada tahun 1996, beliau dianugerahkan Darjah KebesaranPanglima Jasa Negara (PJN) yang juga membawa gelaran dato¶ oleh Yang di-PertuanAgong.Sepanjang penglibatan beliau dalam penulisan kreatif, terdapat pelbagai hasilpenulisan yang telah beliau lahirkan. Karya pertama beliau adalah sebuah karaya lucu yangdisiarkan dalam majalah Tanah Melayu pada tahun 1939. Beliau juga telah menghasilkan25 buah novel, tiga buah cerpen, Sembilan buah buku terjemahan sastera, sebuahautobigrafi dan enam buah biografi. Novel Imam telah diangkat sebagai pemenang HadiahSastera Malaysia 1994/95 dan tempat pertama dalam Hadiah Novel Nasional 1992/94.Kini, novel beliau yang telah menjadi kontroversi iaitu Interlok, yang diterbitkan oleh DBPpada tahun 1971.
3
Kontroversi ini dicetuskan apabila novel ini dijadikan teks pilihan KementerianPelajaran Malaysia untuk Komponen Sastera dalam mata pelajaran bahasa Melayu(KOMSAS) tingkatan lima di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, WilayahPersekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan mulai tahun 2011.Interlok menjadi kontroversi kerana ada beberapa perkataan di dua halaman yangdidakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan orang India dan agamaHindu pada halaman 211 dan 220.« satu perkara yang membuatkan mereka senang bergaulkerana mereka tergolong dalam satu kasta Paria«. ( Interlok Edisi Pelajar : hal. 211)Perenggan di halaman 220 yang mungkin menjadi pertikaian adalah seperti yang berikut :³Apatah pula lembu ialah binatang suci bagi orang Hindu;dan kalau binatang itu mati, seperti ibunya sendiri yangmati.´ ( Interlok Edisi Pelajar )
Subscribe to:
Posts (Atom)