jatuh love

pemilik blog:

blog bakal guru Bahasa Melayu a.k.a. Cikgu Che

sahabat alam maya

Friday, December 30, 2011

warkah buat adam


Warkah buat Adam


Wahai Adam,
Maafkan aku kerana melukaimu,
Niatku hanya satu, ku ingin mencari cinta hakiki,
Cinta yang ku dambakan, cinta Ilahi,
Bukan mainan perasaan anak muda yang hanya mahu memiliki,
Sekeping hati tanpa mahu melihat tujuan kita di sini.

Wahai Adam,
Ku ingin mencintai suamiku,
Ku ingin menjadi isteri persis isteri Nabi,
Walau ku yakin tidak akan mungkin ku mampu,
Aku akan memohon redha Ilahi,
Supaya suatu hari, ku menjadi isteri idaman suami,
Yang mampu membuatnya tersenyum,
Yang mampu membuatnya lega sepanjang zaman,
Saat di syurga, mendapat iri sang bidadari.

Wahai Adam,
Sekiranya saat ini kau dilukai,
Percayalah, di akhirat nanti lukanya tidak seperti kau impi,
Luka yang kau alami saat di duniawi, tidak sama seperti di sana nanti.
Undurlah diri selagi termampu,
Ku yakin saat kau bersedia,
Kau akan mampu membimbing isterimu,
Cintailah isterimu, saat itu kau akan tahu apa itu cinta yang sebenarnya,
Cinta yang bertemankan redha Ilahi.

Wahai Adam,
Usah kau khuatiri, usah kau ikutkan luka di hati,
Kerana janji Allah itu pasti,
Andai aku dicipta dari tulang rusukmu,
Aku pasti akan menjadi hak milikmu.
Jikalau bukan aku yang dicipta dari tulang rusukmu,
Pasrah dan redhalah,
Setiap yang berlaku adalah ketentuan Maha Pencipta.
Di saat kau mulai cintakan an-Nisa’, risiklah dia.
Walau saat itu cintamu hanya sekelumit,
Yakinlah, cintamu akan menjadi sedalam lautan,
Terutama saat kau menyedari isterimu itu seorang wanita solehah,
Yang akan mengaminkan Fatihahmu,
Yang akan sentiasa menjadi makmum mu,
Yang akan selalu mendoakan kesejahteraanmu,

Saat itu…
Bergembiralah kamu wahai Adam,
Kerana dia dicipta dari tulang rusukmu…

nukilan aishaisabella
upsi, tg.malim
2011

No comments:

Post a Comment